top of page

Soalan Lazim Cap Dagangan (Bahagian 1)

  • TM Plus Admin
  • 10 Apr 2025
  • 2 min membaca



Bahagian A: Pengenalan kepada Cap Dagangan


1.         S:        Apakah yang boleh didaftarkan sebagai cap dagangan?


J:         Pelbagai jenis elemen boleh didaftarkan sebagai cap dagangan, termasuklah  perkataan, logo, frasa, dan reka bentuk.  Walaupun elemen tidak tradisional seperti bunyi, bau, dan warna juga boleh didaftarkan, pertimbangan diberikan dan keperluan yang harus dipenuhi adalah sedikit berbeza.


2.         S:        Adakah pendaftaran satu cap dagangan memberikan saya hak

eksklusif untuk menggunakan cap dagangan saya pada semua produk atau servis saya?


J:         Salah satu tujuan pendaftaran cap dagangan adalah untuk mengelakkan kekeliruan pengguna akibat daripada penggunaan cap dagangan yang serupa oleh peniaga-peniaga lain dalam pasaran yang sama. Oleh itu, hak eksklusif yang diberikan kepada pemilik cap dagangan adalah terhad kepada barang atau perkhidmatan tertentu yang telah didaftarkan untuk cap dagangan tersebut. Ini bermakna, peniaga lain mungkin masih boleh menggunakan cap dagangan yang serupa jika ianya untuk kelas barang atau perkhidmatan yang berbeza.


3.         S:        Adakah cap dagangan lebih baik didaftarkan secara hitam putih,

atau berwarna?


J:         Dari satu sudut, pendaftaran dalam hitam putih secara amnya menawarkan perlindungan dan fleksibiliti yang lebih luas kepada pemilik cap dagangan. Walau bagaimanapun, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk mendaftarkan cap dagangan secara berwarna jika warna tertentu adalah aspek penting bagi identiti jenama anda.

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk merujuk kepada mana-mana ejen cap dagangan. Mereka boleh membantu anda dalam menimbang kebaikan dan juga keburukan bagi setiap pendekatan berdasarkan sifat cap dagangan dan matlamat perniagaan anda.


4.         S:        Apabila cap dagangan terdiri daripada reka bentuk dan slogan di

bawahnya, haruskah saya mendaftarkan komponen-komponen tersebut secara berasingan atau bersama?


J:         Walaupun pendaftaran komponen-komponen tersebut secara bersama adalah lebih mudah dan hanya melibatkan satu permohonan sahaja, mendaftarkan elemen-elemen tersebut secara individu akan memberikan fleksibiliti yang signifikan dalam cara anda menggunakannya dalam perniagaan anda. Selain itu, ia menawarkan perlindungan yang lebih fokus bagi setiap elemen. Walau bagaimanapun, perlu ditekankan di sini bahawa pendaftaran komponen-komponen secara berasingan akan melibatkan kos tambahan kerana terdapat beberapa permohonan cap dagangan yang perlu difailkan.


5.         S:        Adakah potret individu boleh didaftarkan sebagai cap dagangan?


J:         Potret individu boleh didaftarkan sebagai cap dagangan, dengan syarat anda mempunyai kebenaran bertulis daripada individu tersebut. Anda dinasihatkan untuk mengemukakan kebenaran bertulis bersama-sama dengan permohonan anda untuk mempercepatkan proses pendaftaran.

 
 
 

Komen


HUBUNGI KAMI

TM+ Intellectual Property Services

Emel:      tmplus.trademark@gmail.com


Alamat:   C-26-5, 3 Two Square

                 2, Jalan 19/1

                 46300 Petaling Jaya

                 Selangor, Malaysia


Telefon:    017- 8479 355

Maklumat Terkini

  • Facebook
  • w-facebook

© 2024 daripada TM +

Trademark Malaysia Agent WhatsApp Contact QR Code
bottom of page